Syafiq Farhain rupanya dah bernikah dalam diam, bukan calang-calang isterinya..

Syafiq Farhain rupanya dah bernikah dalam diam, bukan calang-calang isterinya..Benar saya sudah bernikah, namun saya tidak berniat untuk merahsiakannya. Sesiapa saja bertanya, saya pasti menjawab.”

Demikian ulas penyanyi Syafiq Farhain apabila diajukan mengenai status perkahwinannya bersama pengurusnya.

Jelas Syafiq atau pemilik nama penuh Nursyafiq Farhain AM Salim, 28, dia tidak juga mengambil pendekatan untuk tidak menghebahkan butiran perkahwinannya.

“Saya tidak mahu merahsiakan dan tidak juga menghebahkan. Bila saya mendirikan rumah tangga dan sebagainya tidak perlu diperbesarkan.

“Bukan kerana takut saham jatuh atau sebagainya, cuma saya lebih selesa begitu. Namun saya tidak menafikan ia sedikit sebanyak ada memberikan impak terhadap kerjaya.

Syafiq Farhain rupanya dah bernikah dalam diam, bukan calang-calang isterinya..

“Saya berkahwin dengan gadis pilihan yang juga sekampung dengan saya iaitu Terengganu. Senang hendak pulang beraya nanti. Insya-Allah, majlis resepsi juga dalam perancangan,” katanya kepada Harian Metro.

Syafiq nikahi pengurus

Syafiq Farhain, 28, mengesahkannya sudah mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya.

Bagaimanapun, anak kepada penyanyi legenda, Allahyarham Saleem itu enggan mendedahkan tarikh pernikahannya

Desas-desus mengenai status Syafiq Farhain yang didakwa sudah berkahwin nampaknya semakin hangat diperkatakan netizen.

Anak kepada penyanyi lagenda Saleem itu ditemui di majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan MVM dan Rusa Music.

“Saya harap semua pihak mendoakan yang baik-baik buat kami sekeluarga. Kami berkenalan pun sudah lama sebelum saya bergelar artis lagi,” katanya.

TONTON :

BACA:

“Bangsa lain dapat gaji RM1.4K, saya kerja 12 jam RM1K..”

Tular pula kereta Singapura curi elektrik di Tangkak, ingatkan ‘balun’ RON95 je

CATEGORIES