Susulan pendedahan akaun tak diaudit, secebis nasihat buat Aman Palestin

Oleh MHDAILY

Saya mengikuti isu yang dibangkitkan oleh saudara Aliff Ahmad. Isunya adalah persoalan yang diutarakan oleh saudara Aliff Ahmad tentang status kewangan Aman Palestin yang sudah 5 tahun tidak diaudit yang mana tahun akhir status kewangan yang diaudit adalah pada tahun 2015.

Isu yang beliau bangkitkan adalah sangat simple dan mudah. Kalau ada, kemukakan. Kalau tiada, diam dan perbaiki. Jangan mengeruhkan keadaan kerana kita answerable to the public.

Saya ialah peguam yang menguruskan kes fitnah terhadap saudara Aliff dan sahabatnya Nik Izwan yang dituduh scammer. Sudah 2 kemenangan terhadap mereka.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Mereka yang memfitnah, tidak mendatangkan apa-apa bukti yang sahih pun di mahkamah dan mereka akhirnya memohon maaf. Masih ada satu yang sedang berjalan, itu pun fitnah tersebut sudah dipadam dan akaun tersebut sudah dinyahaktifkan.

Saya menasihatkan kepada pihak wakil atau pengikut tegar Aman Palestin supaya tidak menggunakan kes fitnah tersebut sebagai sandaran atau point terhadap mereka. Ittaqillah!

Tetapi, jika benar kalian mempunyai bukti yang mereka adalah scammer. Maka siap sedia dengan bukti-bukti tersebut. Sepanjang saya mengenali mereka. Mereka akan melakukan saman malu untuk membela nama baik dan reputasi mereka.

Mereka ialah orang yang menjaga nama mereka. Tambahan pula, fitnah yang dikeluarkan, bukanlah fitnah baru. Mereka sudah menang dan saya tahu ia adalah dusta yang direka-reka oleh individu-individu yang dengki terhadap mereka.

Nasihat saya sebagai seorang Muslim yang tidak mahu kalian buang duit dan masa di mahkamah yang saya sudah tahu hujung pangkalnya.

Nasihat saya kita sebagai orang Islam, alangkah baik untuk kita berbincang secara baik dan professional apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang gawat serta nasib dan hak Palestine yang dipijak dan ditindas oleh pihak Zonis Israel laknatullah (Nasihat kepada Saudara Aliff dan Aman Palestin).

Sekian, terima kasih.
#SavePalestin
#SameTeam
#SekadarNasihat

Sumber :