Susulan keputusan kes Najib, kedudukan Ismail Sabri sebagai PM dikatakan mula goyah

Oleh MHDAILY

Susulan keputusan kes Najib, kedudukan Ismail Sabri sebagai PM dikatakan mula goyah.Kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yakub dikatakan dalam bahaya berikutan keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan ke atas Datuk Seri Najib Razak.

Ekoran itu kekecohan berlaku di Jabatan Perdana Menteri apakah Ismail berjaya bertahan dari tekanan khasnya dari Umno sendiri.

Bagi tokoh media, Datuk A Kadir Jasin, jika tidak ada apa-apa kekecohan sudah tentu pejabat Perdana Menteri tidak akan kecoh.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Kalau tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah. Kalau tidak ada-ada masakan penyokong PM riuh-rendah,” kata bekas Penasihat Media Perdana Menteri itu.

Kadir merujuk kepada berita yang disiarkan oleh badan penyiaran kerajaan, Bernama semalam.

 keputusan

Bernama melaporkan, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) semalam menyatakan sokongan penuh kepada Ismail untuk terus mentadbir negara sehingga penggal Parlimen berakhir pada 2023.

Pengerusi BBC, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kepimpinan Ismail perlu diteruskan bagi membantu Kabinet memberikan fokus kepada usaha membela rakyat dan mengatasi masalah yang berlaku akibat Covid-19.

“Kami memberi kepercayaan yang tinggi kepada perdana menteri kerana beliau telah menunjukkan prestasi sangat baik dalam tempoh 100 hari sebagai perdana menteri.

“Beliau bersama ahli Kabinet yang mempunyai mazhab (fahaman politik) berlainan telah dapat membuktikan kejayaan mereka dalam menangani wabak Covid-19 negara sehingga angka stastistik menurun,” katanya pada sidang media di Parlimen semalam.

BACA:Ramai minta ‘founder’ kek bertaubat!, Samakan Tuhan dengan makhluk halus?