Suspek kes rogol, liwat sampai mati beritahu jiran nak bersihkan rumah

Oleh MHDAILY

Suspek kes rogol, liwat sampai mati beritahu jiran nak bersihkan rumah.Jiran kepada kerani wanita yang menjadi mangsa rogol, liwat dan bunuh di rumahnya di Taman Seruling Emas, di sini mendakwa terserempak dengan suspek di hadapan rumah mangsa pada hari kejadian.

Lelaki yang enggan dikenali itu berkata, dia melihat suspek tidak dikenalinya itu dalam keadaan tergesa-gesa pada waktu tengah hari.

Katanya, lelaki berkenaan yang kelihatan panik selepas melihatnya segera memberitahu dia datang untuk membersihkan rumah diduduki mangsa.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

β€œSaya kemudian membalas mengapa beritahu saya kerana saya tidak bertanya dan dia kena beritahu tuan rumah (sendiri) sebelum meninggalkannya sambil memandu keluar dari situ.

β€œSaya hanya menyedari kejadian sebenar yang menimpa mangsa ketika pulang ke rumah dan melihat ramai polis di rumahnya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut lelaki berusia 60-an itu, pada sebelah pagi hari kejadian, anaknya memaklumkan melihat sebuah motosikal di belakang rumah mangsa dalam keadaan mencurigakan namun tidak mengesyaki apa-apa.

Suspek

Dalam pada itu, lelaki berkenaan menyifatkan mangsa seorang yang mesra meskipun tidak mengenalinya secara peribadi.

β€œSaya tidak tahu namanya biarpun berjiran sejak kira-kira 10 tahun lalu, namun kami bertegur sapa jika bersua muka.

β€œDia seorang yang peramah dan gemar menanam pokok di halaman rumah selain selesa berbual dengan isteri saya,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, seorang wanita berusia 40 tahun dirogol dan diliwat sehingga maut dengan mayatnya disorok di bawah katil di tingkat bawah rumahnya, Sabtu lalu.

Kejadian itu disedari rakannya yang mencarinya di rumah kira-kira pukul 7.30 malam selepas mangsa gagal dihubungi selain tidak hadir pada pertemuan mereka seperti dijanjikan pukul 3 petang.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki untuk siasatan lanjut dan siasatan awal mendapati lelaki itu mendakwa memecah masuk kediaman wanita berkenaan pukul 2 pagi dan merogol serta meliwatnya.

Suspek juga mendakwa menyumbat mulut wanita itu dengan seluar dalam mangsa dan menutup mulutnya dengan tangan selepas mangsa menjerit dan melawan.

Bagaimanapun selepas mendapati mangsa tidak bergerak dan disyaki meninggal dunia, suspek kemudian menyembunyikan mayat mangsa di bawah katil di bilik aras bawah rumah terbabit.

Suspek kini direman seminggu sejak semalam bagi membantu siasatan.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/2021/08/kes-rogol-liwat-sampai-mati-suspek-dakwa-mahu-bersihkan-rumah/

BACA:Β Penangguhan pemilihan Umno kini sah pula menurut ROS