Susah nak tamatkan Google dan Netflix, Korea Selatan denda dua gergasi itu. Pengawal selia persaingan Korea Selatan memutuskan untuk mengenakan denda berjumlah 19.5 juta won (kira-kira RM68,000) terhadap Google, Netflix dan tiga lagi perkhidmatan penstriman video atas dakwaan aktiviti perniagaan tidak adil bagi langganan berbayar.
Menurut Suruhanjaya Perdagangan Adil (FTC), hari ini, lima penyedia perkhidmatan media Over-The-Top (OTT) membabitkan Google, Netflix, KT, LG Uplus dan Content Wavve, didakwa menghalang pelanggan berbayar untuk menamatkan keahlian.
FTC memaklumkan, pihak terbabit didakwa memberi maklumat palsu atau tidak membenarkan pelanggan membatalkan keahlian secara dalam talian, sekali gus menyukarkan pelanggan untuk menamatkan kontrak penggunaan perkhidmatan itu.
Selain denda, FTC turut mengarahkan kelima-lima penyedia perkhidmatan terbabit untuk membetulkan amalan perniagaan masing-masing.
Perkhidmatan OTT semakin popular di Korea Selatan dengan lebih 34 peratus penduduk merupakan pelanggan berbayar bagi perkhidmatan penstriman video seumpama itu, tahun lalu.
YouTube adalah perkhidmatan OTT paling popular di Korea Selatan, dengan kadar penggunaannya mencecah 65.5 peratus, diikuti Netflix (24 peratus).
BACA LAgi : Hanya sebab asal Kelantan, lamaran lelaki ini ditolak keluarga selepas bercinta 6 tahun
Dividen KWSP cecah 6%, dah wajar untuk kerajaan benar keluar RM10K
Langgar SOP bukan jenayah, Menteri tak perlu letak jawatan – Ismail Sabri