Surat tulisan tangan dari Sudirman untuk lepasan SPM tular semula, “masih relevan..”

Oleh MHDAILY

Surat tulisan tangan dari Sudirman untuk lepasan SPM tular semula, “masih relevan..”Keputusan peperiksaan SPM 2021 telah pun diumumkan pada Khamis lepas. Tahniah kepada semua calon atas keputusan korang semua.

Mesti ramai yang masih buntu nak sambung belajar dalam jurusan apa lepas ni kan. Mungkin ada yang tak tahu sama ada nak ikut minat masing-masing atau nak ikut cakap ibu ayah untuk belajar course yang mereka cadangkan.

Jangan pening-pening kepala, ikut sahaja nasihat dan tips yang pernah dikongsikan oleh Arwah Sudirman Hj Arshad kepada lepasan SPM pada suatu ketika dulu.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Menurut Facebook Datuk Sudirman Haji Arshad, penyanyi terkenal Malaysia itu pernah menulis surat dengan tulisan tangan kepada salah seorang peminatnya yang pada ketika itu baru sahaja menerima keputusan SPM.

Surat berkenaan difahamkan telah ditulis untuk peminatnya yang dikenali sebagai Azhar dan dalam tulisan itu, beliau menasihatkan pelajar berkenaan untuk memilih jurusan mengikut minat, kemahiran dan kemampuan diri sendiri.

Surat tulisan tangan dari Sudirman untuk lepasan SPM tular semula, "masih relevan.."

Beliau turut menceritakan di mana beliau memang memiliki ijazah dalam jurusan undang-undang namun memilih untuk menjadi penyanyi kerana minatnya.

Korang boleh baca sendiri surat tulisan penyanyi lagu popular β€˜Balik Kampung’ ini.

Selain itu, ada juga tips lain tentang halatuju selepas SPM untuk peminatnya itu.

Walaupun perkongsiannya itu dah bertahun lamanya, namun nasihat berkenaan masih tetap relavan untuk diguna pakai oleh remaja zaman kini.

Jadi, untuk adik-adik, pilihlah jurusan yang diminati, barulah belajar pun happy je dan tak terasa macam dipaksa oleh orang lain.

BACA:

Kerap pakai baju tali halus, Emma Maembong akhirnya dedah tujuannya..

Tak hadir majlis pelancaran Mat Kilau, Syamsul beri alasan ini..