Suntikan vaksin : Tiada kesan sampingan jika makan durian

Oleh MHDAILY

Memakan buah durian sama ada selepas atau sebelum menerima suntikan vaksin Covid-19 tidak memberi kesan sampingan kepada seseorang individu berkenaan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pihaknya mendapati dakwaan tular berkenaan juga tidak benar.

“Tidak termaktub dalam buku perubatan tidak boleh makan durian selepas cucuk (vaksin). Ini tidak betul, yang betulnya kita tidak boleh makan benda (makanan) terlalu manis… itu yang (boleh membawa) masalah kepada kesihatan.

Baca Artikel Penuh