Suntikan dos ketiga bakal bermula awal Oktober – Khairy

Suntikan dos ketiga bakal bermula awal Oktober .Pelaksanaan suntikan dos ketiga dijangka bermula awal Oktober ini, maklum Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Terdahulu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan setuju untuk memberikan dos ketiga vaksin Covid-19 sebagai langkah meningkatkan perlindungan kepada orang ramai.

Katanya, keutamaan akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dulu.

Stok vaksin

Katanya mereka termasuklah petugas barisan hadapan, pesakit kurang daya tahan imunisasi, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang bekerja atau tinggal di pusat jangka panjang.

Menurut Ismail Sabri pemberian dos ketiga itu akan dibuat selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/591938

BACA: Siapa Ustaz Yusuf Australia?