Sumbangan Palestin melalui Anwar meningkat ke RM1 juta

Sumbangan Palestin melalui Anwar meningkat ke RM1 juta

Kebiadaban Israel mesti disanggah dan kekejaman mereka mesti dicabar.

Tidak dinafikan negara-negara Arab lemah dan bisu, serta hipokrasi negara-negara Barat terpampang jelas.

Saya gesa pemerintah Malaysia untuk berbuat sesuatu yang lebih tegas dari biasa dan berusaha mencari jalan penyelesaian.

Saya juga merayu agar bantuan terus disalurkan kepada Viva Palestina dan My Aqsa Defenders (maklumat tertera dalam video) agar dapat kita bantu warga Palestin dari segi pendidikan, ekonomi dan juga keselamatan mereka.

Alhamdulillah, pihak saya juga berjaya mengumpul dana sebanyak RM 1 juta dan ia telah disalurkan terus kepada pihak yang terkesan di Palestin.

Penghargaan saya buat semua yang membantu.

ANWAR IBRAHIM

Pengerusi PH.

Sumber : https://shahbudindotcom.net/2021/05/16/semalam-rm500-ribu-kini-dana-yang-berjaya-dikumpul-anwar-untuk-palestin-meningkat-rm1-juta.html