Sultan Selangor selar kenyataan Pas, beri kenyataan tidak tepat tentang baginda

Sultan Selangor selar kenyataan Pas, beri kenyataan tidak tepat tentang baginda. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha PAS Selangor, seperti disiarkan sebuah portal berita adalah tidak tepat serta tidak pernah berlaku.

Dalam kenyataannya, Mohamad Munir berkata, pada sesi menghadap itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hanya menyatakan tentang pendirian baginda tidak menyekat festival kebudayaan Jepun Bon Odori yang akan diadakan di Selangor kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Katanya, Sultan Selangor juga menyatakan pandangan baginda bahawa festival Bon Odori hanya berunsur kebudayaan semata-mata.

“Baginda juga tidak menghalang mana-mana orang Islam untuk menghadirinya sehingga satu kajian mendalam dilakukan terhadap festival berkenaan, sama ada ia berunsur keagamaan atau kebudayaan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat khususnya masyarakat Islam.

Sultan Selangor selar kenyataan Pas, beri kenyataan tidak tepat tentang baginda

“Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, yang disiarkan di sebuah portal berita semalam di bawah tajuk ‘Tiada Masalah antara kami, kata PAS Selangor selepas menghadap Sultan’ yang mana dalam kandungan berita tersebut memetik sebagai berkata ‘Baginda ingin tahu pendirian kami dalam perayaan Bon Odori’

Baca Artikel Penuh