Sultan Johor bayar zakat RM10 juta! Ini punca kekayaan Sultan Johor yang rakyat tak tahu

Oleh MHDAILY

Sultan Johor bayar zakat RM10 juta! Ini punca kekayaan Sultan Johor yang rakyat tak tahu.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan membayar zakat sebanyak RM10 juta bagi tahun 2023.

Cek zakat diserahkan oleh Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Ismail Abu dan disaksikan oleh Mufti Johor, Dato’ Yahya Ahmad.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Sultan Johor bayar zakat RM10 juta! Ini punca kekayaan Sultan Johor yang rakyat tak tahu

Baginda Tuanku juga berkenan mengurniakan sumbangan peribadi sebanyak RM100,000 kepada Gabungan Persatuan Teksi Berdaftar Johor Bahru (GAPET).

Sumbangan cek daripada Baginda Tuanku Sultan diterima oleh Presiden GAPET, Wahib Mohd Yasin pada hari ini (12 April) di Johor Bahru.

Pada tahun 2019 lalu, Sultan Johor berkenan membayar zakat sebanyak RM5 juta dan mewakafkan tanah seluas 1024.487 meter persegi bagi tujuan Wakaf Surau Dan Kebajikan Agama Islam, Mukim Jemaluang, Mersing.

Kekayaan yang dimiliki oleh Sultan Johor dan Sultan Selangor adalah hasil penglibatan diri dalam pelbagai aktiviti korporat dan bukannya lintah yang menghisap darah rakyat sepertimana diputar belit oleh seorang bekas pemimpin negara sejak tahun 1980-an.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibrahim yang memetik kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, pelaburan itu juga bukan hasil perniagaan monopoli beras, gula, tepung atau kontrak kerajaan sepertimana dilakukan oleh kroni-kroni mereka yang berkuasa sejak 1981 lagi.

Baginda bertitah, Sultan Ibrahim sudah menjelaskan bahawa sejak pemerintahan Sultan Ibrahim Abu Bakar pada 1899, Sultan Johor telah mendermakan semua elaun yang diterima daripada kerajaan negeri dan Pusat kepada rakyat.

Sultan Ibrahim menjelaskan perkara itu menerusi kenyataan yang disiarkan oleh Royal Press Office menerusi Facebook rasmi baginda.

β€œSekarang jelas Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor telah memperbetulkan penipuan yang telah diputarbelitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 30 tahun dahulu pada awal 1980-an yang mengatakan bahawa 10 Raja-raja Melayu adalah lintah yang menghisap duit rakyat hingga kering.

β€œSaya tahu bahawa Sultan Johor dan Selangor kaya dengan hakmilik mereka menerusi pelbagai penglibatan dalam aktiviti-aktiviti korporat.

β€œDan pelaburan ini bukanlah monopoli beras, monopoli gula, monopoli tepung, AP import, kuota, kontrak kerajaan, konsesi swasta dan banyak lagi sebagaimana yang dilakukan oleh kroni-kroni kepada mereka yang berkuasa sejak Mahathir mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri pada 1981 dan selepas Anwar Ibrahim menyertai UMNO pada 1982,” titah baginda menerusi Facebook malam tadi.


Tunku Ismail bertitah, mungkin kerajaan ada membayar gaji kepada 10 Raja-raja Melayu tetapi bagi pihak kesultanan negeri itu, kesemua wang diterima itu dikembalikan kepada rakyat, lama sebelum pembentukan Malaya pada 1948 dan ketika British masih lagi menjajah Kepulauan Melayu.

Titah baginda, amalan itu diteruskan ketika zaman Almarhum Sultan Iskandar Ismail di mana kesemua elaun disalurkan ke Yayasan Sultan Iskandar.

Malahan, jelas baginda, elaun sebagai Yang di-Pertuan Agong yang diterima Almarhum Sultan Iskandar sepanjang berkhidmat dari tahun 1984 hingga 1989 juga disalurkan kepada yayasan tersebut.

β€œYayasan Sultan Iskandar bukan hanya membantu mereka yang susah, tetapi juga memberikan bantuan ketika bencana alam dan juga memberikan dana untuk pendidikan.

β€œPeruntukan untuk yayasan Yayasan Sultan Ibrahim ini adalah hasil derma daripada elaun yang diterima oleh sultan,” titah Tunku Ismail yang juga Tungku Mahkota Johor.

BACA:

Sebenarnya ubat gegat bukan dicipta untuk halau lipas, ini kegunaannya yang sebenar ramai tak tahu

β€œIngat semua orang kaya pandai β€˜omputih’ ke? Ada juga yang bahlol” Caprice koyak disindir netizen?