Sudah tiba masanya retorik ‘No Anwar, No DAP’ dihentikan dalam Umno

Oleh MHDAILY

Sudah tiba masanya retorik ‘No Anwar, No DAP’ dihentikan dalam Umno. Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Fahmi Fadzil mengesahkan 35 orang ahli Parlimen PKR telah mengutuskan warkah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menolak Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Mohd. Yassin.

Umno juga telah menghantar warkah dengan maksud yang sama kepada SPB YDA dan difahamkan semua parti politik diblok pembangkang juga telah melakukan perkara yang sama. Seri Paduka Baginda pasti akan menggunakan kebijakan Baginda untuk membuat keputusan demi untuk rakyat dan negara.

Walaubagaimanapun langkah politik dikalangan parti-parti politik nampaknya tidak terhenti setakat warkah kepada YDA menolak kepimpimpinan TSMY dan kerajaan PN. Terdapat ‘scheme of thing’ lain yang juga sedang bergerak, iaitu percubaan untuk menobatkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri Interim.

Baca Artikel Penuh