Suami mengamuk cabut bumbung banglo, tak puas hati isteri minta cerai

Oleh MHDAILY

Suami mengamuk cabut bumbung banglo, tak puas hati isteri minta cerai. Tak puas hati isteri minta cerai, suami cabut bumbung rumah banglo sampai ‘togel’

TINDAKAN yang dilakukan oleh seorang lelaki di Kampung Carangrejo, Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia yang geram apabila isterinya, Anjar menuntut cerai memang aneh.

Tahu tak apa yang dilakukannya? Lelaki yang dikenali sebagai Agus telah mencabut semua atap atau bumbung lot banglo rumah yang didiami mereka sehingga licin.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Bukan itu sahaja, bahan binaan kayu di dalam rumah juga diambil tanpa meninggalkan sisa sekali pun.

Suami mengamuk cabut bumbung banglo, tak puas hati isteri minta cerai

Lapor merdeka.com, kediaman yang dibina di atas tanah milik keluarga Anjar itu sudah berusia lebih 10 tahun.

Segala tindak-tanduk tersebut berpunca apabila wanita yang bekerja sebagai orang gaji di Hong Kong, China memohon penceraian daripada suaminya.

Anjar berbuat demikian selepas beliau pulang ke Indonesia selepas enam bulan bekerja di negara orang.

Pada awalnya, proses penceraian berjalan dengan baik, namun tiada siapa sangka, Agus secara tiba-tiba ‘naik gila’ apabila mahukan semula bumbung rumah yang pernah dihuninya.

Alasannya, ia adalah hak milik keluarga dan sebahagian daripada harta sepencarian.

Meskipun tidak dirobohkan, rumah itu bagaikan bangunan tidak siap selepas ditinggalkan begitu saja.

 

Pun demikian, ramai percaya Agus mempunyai alasan lain kenapa dirinya sanggup berperlakuan sebegitu.

Rupa-rupanya mantan isteri beliau dikatakan terus menemui kekasih gelapnya sebaik mendarat di kampung mereka. Hal itu dapat dihidu oleh Agus.

Lagi membuatkannya marah, wanita yang pernah disayangi itu telah menghantar surat memohon penceraian secara mengejut.

Tidak mahu bergaduh lebih panjang, Agus akur dan masing-masing bersetuju untuk mengambil hak terhadap rumah tersebut.

Apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Tengoklah apa yang dah berlaku? Memang speechless. Memang ‘di luar kotak’ betul tindakan mencabut dinding itu.

Harap-harap kes macam ni tak berlakulah di Malaysia. Sekadar perang mulut kat media sosial itu biasalah, tak sampai ke tahap lebih ekstrem.

BACA:

“Saya tak takut kena tangkap, 2 hari sudah angkat keluar”, Rohingya tak takut kena tangkap akui ada kabel

“Ingat apa yang saya beritahu awak, Projek baharu”, komen TMJ pada pemain JDT undang reaksi ingin tahu netizen