Suami isteri tak mampu bayar sewa rumah, Proton Perdana jadi tempat berteduh

Sepasang suami isteri mencuri perhatian ramai baru-baru ini kerana menjadikan kereta Proton Perdana mereka sebagai ‘rumah’ mereka.

Akhbar Harian Metro melaporkan pasangan tersebut terpaksa berbuat demikian selepas diusir dari rumah pangsa sewa mereka di Taman Bukit Kenangan.

Selain menjadikan kereta mereka sebagai ‘rumah’, mereka turut meletakkan barang peribadi di sekeliling kereta.

Suami isteri tak mampu bayar sewa rumah, Proton Perdana jadi tempat berteduh

Sesetengah barang mereka ditutup dengan plastik hitam dan kepingan kotak kadbod.

Bagaimanapun, tindakan pasangan itu meletakkan kereta di tepi tong sampah dan barang mereka yang terkumpul mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk.

Baca Artikel Penuh