Suami isteri ditemui maut akibat ditembak dalam rumah sendiri

Suami isteri ditemui maut akibat ditembak dalam rumah sendiri. Suami isteri ditemui maut dengan kesan tembakan pada badan dalam kejadian di Kampung Beraya Bekenu, Miri, pagi tadi.

Mayat lelaki berusia 60 tahun dan isterinya, warga Indonesia berusia 40 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidur mereka, pada 7 pagi.

Selaras senapang patah turut ditemui di atas dada mangsa lelaki.

BACA JUGA : Netizen tercengang tengok video wanita makan mee panas keluar asap

Ketua Polis Daerah Miri, Hakemal Hawari, berkata sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dan anggota Balai Polis Bekenu, dikerahkan ke lokasi sebaik menerima laporan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan bagaimana kejadian berlaku,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Hakemal berkata, mayat pasangan berkenaan dibawa ke Hospital Miri untuk proses bedah siasat.

BACA JUGA : Panas !!! Didakwa bantu Sajat lolos ke Thailand, akhirnya Wan Besi bersuara

Difahamkan, mayat pasangan itu ditemui adik lelaki mangsa, selepas terdengar anak mereka menangis.

Adik mangsa yang curiga kemudian pergi ke rumah mangsa, namun pintu berkunci dan cubaannya memanggil mereka juga tidak dibalas.

Dia kemudian cuba meninjau melalui cermin tingkap bilik pasangan itu, namun terkejut selepas melihat kedua-duanya berlumuran darah.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/22/suami-isteri-maut-ditembak/