Suami ‘hancurkan’ rumah selepas cerai dengan isteri

Suami hancurkan rumah selepas cerai dengan isteri

Suami ‘hancurkan’ rumah selepas cerai dengan isteri. Seorang lelaki bertindak merobohkan rumah bernilai 500 juta rupiah (RM147,229) selepas cerai dengan isterinya.

Lapor Kompas.com, Moh. Suaib dari Desa Larangan Slampar, Pamekasan berkata, dia tidak mahu rumah tersebut didiami bekas isterinya.

Bapa saudara lelaki itu, Abdul Hannan berkata, proses mediasi dijalankan supaya kediaman tersebut tidak dirobohkan selepas cerai dilafazkan di Mahkamah Agama Pamekasan.

Bagaimanapun, Suaib tetap meneruskan perancangannya kerana dia sekarang tinggal bersama ibu bapanya di Kampung Pangtonggal.

“Proses mediasi turut melibatkan ahli keluarga lain. Malah, tiga jam sebelum rumah tersebut dirobohkan bekas isterinya, Hannan menghubungi Suaib supaya tidak merobohkan rumah itu.

Suami'hancurkan' rumah selepas cerai dengan isteri

“Rumah tersebut akhirnya dirobohkan menggunakan jentera berat dengan bantuan jiran,” katanya.

Difahamkan, rumah tersebut dibina menggunakan duit ibu bapa lelaki itu, manakala, tanah tersebut adalah harta pusaka milik ibu bapa bekas isterinya.

Hannan turut merayu agar rumah tersebut diwariskan kepada dua anak mereka, namun cadangan tersebut juga diabaikan.

BACA:

Dakwaan tak boleh move-on lagi dengan Norman, Abby akhirnya buka mulut

Khalid Samad belanja 180 orang Shah Alam tonton Mat Kilau

Orang ramai pertikai gelaran ‘Datin Seri’, Noniswara buka cerita sebenar

CATEGORIES