Suami degil tak nak daftar anak ke JPN, terpaksa berbinkan nama ‘Abdullah’. Nampaknya, penderitaan yang dialami oleh seorang influencer yang dikenali sebagai Nor Sufia Johari atau biasa disapa Cik Pia masih belum berakhir.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Cik Pia di laman TikToknya baru-baru ini, dia meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila anak yang baru dilakirkan terpaksa dibinkan nasab Abdullah gara-gara suaminya tidak memberi kerjasama untuk hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara.
“Sedih sangat sedih..apalah salah anak ni..Ya Allah kau permudahkanlah urusan yang sulit ini..Semoga anak ini mendapat haknya,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Bimbang anak akan persoalkan perkara ini bila besar nanti
Bukan itu sahaja, Cik Pia turut meluahkan rasa bimbangnya apabila anaknya itu akan mempersoalkan perkara tersebut apabila sudah membesar kelak memandangkan dirinya dibinkan dengan nama yang berbeza dengan adik beradik yang lain.
Tak tahu lokasi suami kat mana
@norsufiajohari sedih sgt sedih..apalah salah anak ni..Ya Allah kau permudahkanlah urusan yg sulit ini..Semoga anak ini mendapat haknya..#trending #hello2023 #viral #fypシ #fyp #fypシ゚viral #fypage #tiktoker #tiktok #fypp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Apa Sebenarnya – ◦•●◉✿💞𝐑𝐄𝐄𝐙💞✿◉●•◦
Malah, Cik Pia mendedahkan dia sendiri tidak tahu lokasi sebenar suaminya terkini dan ia telah menyukarkan lagi urusan tersebut dilakukan.
Semoga terus tabah Cik Pia
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Cik Pia terus tabah dalam menghadapi dugaan ini dan berharap agar urusannya itu sentiasa dipermudahkan.
BACA;
Faham sistem pesanan makanan Foodpanda, pemuda ini berjaya order makanan lebih RM500k