Suami buat ‘treasure hunt’ letak duit merata tempat sempena hari lahir isteri

Oleh MHDAILY

Suami buat ‘treasure hunt’ letak duit merata tempat sempena hari lahir isteri. Bukan mudah untuk merancang kejutan hari jadi kerana ia mengambil masa yang lama untuk membuat persiapan. Sama macam perkongsian yang tular di Tik Tok ini apabila seorang suami cuba memberikan kejutan hari jadi buat isteri tersayang.

Berbeza dengan kejutan yang biasa dilihat, lelaki ini mengambil keputusan untuk memberikan wang tunai sahaja namun dengan cara yang berbeza. Di dalam video tersebut, dia telah meninggalkan beberapa keping RM50 di merata-rata tempat dalam rumahnya.

Menurutnya, disebabkan dia tidak berapa sihat dia memilih untuk memberikan kejutan yang lain sempena hari jadi isterinya itu. Turut kelihatan, dia meletakkan beberapa wang tunai yang disorokkan di lokasi yang berbeza-beza.

Baca Artikel Penuh