Suami bodohkan aku depan mak dia, aku bengang aku print borang cerai letak atas meja sampai suami naik..”

Suami isteri yang bijak pasti dapat mengawal kemarahan mereka di depan mertua atau ibu bapa mahupun di hadapan anak anak yang masih kecil.

Kerana perkahwinan amatlah dituntut untuk memperbanyakkan sabar dan juga bertoleransi antara suami isteri.

Wanita ini berkongsi kisahnya dalam mempertahankan perkahwinannya disebabkan suami sangat tidak adil dalam melayani dirinya serta anak-anak.

Suami bodohkan aku depan mak dia, aku bengang aku print borang cerai letak atas meja sampai suami naik..”

Hi aku Indah, tentulah nama samaran. Btw, aku suka nama Indah, yang bagi aku sangat bermakna. Mungkin kerana hidup aku tak indah, jadi dengan nama Indah, aku boleh membayangkan wujudnya keindahan pada kanvas kehidupan aku.

Aku berusia awal 30-an, sudah berkahwin dan mempunyai dua orang putera. Kerja aku agak biasa, gaji pun biasa, aku bekerja di sektor kerajaan, manakala suami aku di sektor swasta. Perkahwinan kami baru melepasi fasa lima tahun pertama, yang orang kata sangat menc4bar tu.

Baca Artikel Penuh