“Suami aku terliur dengan ibu mertua sendiri! Benda ini jadi lepas aku kahwin, rupanya dorang pernah terlanjur!Diluah mati emak, ditelan mati bapa.
Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan dengan situasi seorang wanita apabila mengetahui suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan ibu kandungnya sendiri (ibu mentua kepada suami).
Suami curang dengan ibu mentua
Siapa sangka saat inai masih merah di jari, lelaki pilihannya itu tergamak mengkhianati cinta mereka dan menjalinkan hubungan terlarang.
Si isteri yang dikenali sebagai Norma Risma menjelaskan yang dia sudah bercinta dengan suaminya hampir lima tahun sebelum mereka membuat keputusan untuk bernikah. Hari ketiga selepas mendirikan rumah tangga, si suami berlaku curang ibu kandungnya dan mereka ditangkap ketika sedang menjalinkan hubungan terlarang.
Difahamkan, si isteri pada ketika itu tiada di rumah kerana sedang bekerja, namun beberapa penduduk berjaya menangkap suami dan ibunya dalam keadaan tiada seurat benang pada tubuh mereka.
Alangkah remuknya hati seorang isteri apabila mengetahui bahawa kedua individu yang disayanginya itu membuat perkara terkutuk sebelum mereka berkahwin lagi. Malah, kedua-duanya pernah bertukar mesej melalui aplikasi WhatsApp berbaur lucah dan turut melakukan hubungan terlarang ketika bulan puasa.
Sedia maafkan ibu kandung
@user284365778 Sampe sekarang aku masih ga nyangka a kalo hubungan kamu sama perempuan yang udh ngelahirin aku itu masih berlanjut. Liat deh, ini 3 hari sblm kejadian kamu kegep lagi berzina sama dia. Kita baik baik aja a, ko kamu tega nyakitin aku begini? Mangkanya aku tuh blank ga percaya pas denger kabar kalo kamu kegep dan sampe kabur. Berarti selama 5thn ini aku cinta sendirian? Aku memang bukan perempuan cantik dan bukan juga orang kaya, tapi aku juga kerja a bantu kamu, aku punya usaha, aku bisa kelola keuangan rumah tangga kita. Aku udh siapin dana pendidikan untuk anak kita nantinya. Apa aku terlalu ambisius untuk kamu yg foya foya? Sejak kejadian itu aku jadi perempuan penakut sekarang, kalo ada yang ngetuk pintu aku langsung gemeteran, kalo ada suara motor lewat depan rumah yang mirip sama punya kamu aku selalu ngumpet krn ketakuran, apalagi kalo aku belanja ke toko retail tmpt kamu bekerja itu rasanya lemes banget kaki a, tremor, jantung juga berdebar lebih cepet. Pdhl jelas banget kamu tuh ga ada disitu. Aku gatau a ini akan sembuh kapan, tapi aku selalu berdoa untuk ikhlas dan ga dendam sama kamu. Semoga traumaku cepet sembuh, aku kangen diriku yang pemberani kaya dulu. #fyp #foryoupage #selingkuh #perselingkuhan #menantudanmertua #skandal ♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna
Trauma jika terjumpa dengan lelaki terbabit, Norma membuat keputusan untuk bercerai. Lebih teruk, dia terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan untuk sembuh. Bukan itu sahaja, ayah kepada Norma turut melafazkan talak ke atas isterinya kerana berasa malu dengan tindakan wanita tersebut.
Norma hanya mampu terdiam apabila ditanya adakah dia boleh memaafkan perbuatan ibunya. Malah, sejak kecil lagi hubungan dia dengan ibunya baik sahaja, namun ada satu ketika si ibu dikatakan kerap marah dan mendoakan perkara yang buruk.
Ibu kalau marah saya dia suka cakap dekat orang. Katanya biar saya susah beranak tengah malam bayi tak keluar. Saya sedih padahal hubungan dengan ibu baik je.
Walau bagaimanapun, dia sedia untuk memaafkan ibunya meskipun wanita berkenaan tergamak merampas kebahagiaan anaknya sendiri.
BACA:
Anwar Ibrahim akan dedah kes 6/6/1976 yang rakyat tak tahu, apa benda kes 6/6/1976? Ini kisahnya
Masa bujang macam ‘mat rempit’, sekali pemuda ini jadi ustaz siap ada tauliah agama