“Suami aku selalu buang puntung rokok merata, aku geram sangat aku kutip semua letak dalam beg kerja dia…”

Hidup berumahtangga memerlukan tolak ansur namun, keadaan akan menjadi jika hanya sebelah pihak yang menguruskan banyak benda dan sebelah pihak lagi buat tidak peduli.

Assalamualaikum korang. Nama aku Zira (bukan nama sebenar), berumur 29 tahun ada dua anak perempuan umur 6 tahun dan 2 tahun.

Aku rasa aku burn out giIa jadi isteri yang bekerja dan surirumah. Sabar jangan judge dulu silakan dengar cerita aku dulu, haha.

“Suami aku selalu buang puntung rokok merata, aku geram sangat aku kutip semua letak dalam beg kerja dia…”

Suami aku ni bekerja tapi shift petang (4pm-12am). Tapi dia kerja jauh, perjalanan je 1 jam setengah. So dia akan gerak pergi kerja pukuI 2:30pm dan akan sampai rumah pada 1:30am-2:00am kalau tak jammed. Suami aku ni kerja seberang tambak.

Aku pula kerja sebagai HR Isnin-Jumaat 8pagi-5petang. Jadi bila aku pergi kerja suami aku tidur, aku balik kerja suami aku dah tak ada kat rumah dah gerak pergi kerja. Aku penat sangat sebab suami aku ni bagi dia, dia dah kerja malam dan perjalanan dia sangat panjang, waktu siang dia perIukan rehat dan tidur yang cukup.

Baca Artikel Penuh