“Suami aku jenis cepat perasan, semua perempuan yang dia jumpa dia cakap nak ngorat dia padahal…”

Sejujurnya, aku cuma nak tahu macam mana nak handle suami macam ni. Mula-mula kenal tak berapa nampak lagi perangai suami aku ni

Tapi bila dah duduk serumah dan tidur sebantal, baru nampak dengan jelas sikap aneh dia.

Aku baru je berkahwin dengan lelaki pilihan hati aku, 6 bulan lepas. Aku dan suami berkenalan kurang 6 bulan sebelum kami buat keputusan nak berkahwin.

Aku nampak semua elok dengan dia, keluarga dia pun elok, kawan-kawan dia pun elok dan semua ok la ceritanya dari pandangan mata aku.

Suami aku semua ok, bab nafkah dan tanggungjawab kecuali perangai dia yang over-confident yang semua orang suka (in love romantically) dengan dia. Ya.. dia cepat perasan, dia ingat semua orang suka kat dia. Mula-mula tu aku percaya la semua cerita dia.

Aku layankan dan iyakan dia tapi lama-lama aku macam rasa cerita dia tak masuk akal dan ada banyak cerita dia tu tak match dengan ingatan aku. Aku ada di tempat sama dengan dia tapi bila dia cerita balik situasi tu, aku tak nampak pun benda tu jadi. Sampai aku questioning my sanity.

Baca Artikel Penuh