SU Agung Umno sahkan Tengku Zafrul ahli Umno sebelum jadi menteri lagi

SU Agung Umno sahkan Tengku Zafrul ahli Umno sebelum jadi menteri lagi. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz adalah ahli UMNO sebelum beliau menjawat jawatan menteri.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

“Ya, saya mengesahkan yang Zafrul adalah ahli UMNO, bukan benda baharu. Dia dah jadi ahli UMNO sejak dulu lagi, sejak belum jadi menteri lagi,” katanya.
Namun Ahmad tidak mengetahui lokasi kawasan Parlimen Tengku Zafrul menjadi ahli UMNO.

Bagaimanapun, me­nurut Ahmad, salah seorang keluarga Tengku Zafrul merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai.

Zafrul adalah seorang ahli Dewan Negara yang pada mulanya dilantik sebagai Menteri Kewa­ngan sewaktu pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Mac 2020.

Perkhidmatan beliau diteruskan sehingga hari ini, namun di bawah pentadbiran Perdana Men­teri ,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Baca Artikel Penuh