Sticker RFID sepatutnya diberikan secara percuma, ini sebabnya…

Sticker RFID sepatutnya diberikan secara percuma, ini sebabnya…. RFID adalah disruptive technology, jika efisen.

Disruptive tech ni biasanya diberi percuma untuk mempercepatkan capaian kepada semua. Itu modul Blitzscaling amalan mana² syarikat teknologi dan unicorn.

Modal sticker tu sepatutnya ditanggung oleh syarikat pembekal. Sama macam Facebook tak kenakan bayaran untuk guna apps mereka. Sama juga seperti Grab dan Foodpanda boleh download free.

Sebab lombong emas mereka yang sebenar adalah deposit pengguna RFID dalam eWallet tersebut.

Dan bukan setakat kaya memegang duit orang ramai, tapi mereka akan lebih kaya sebab memegang data penggunaan RFID tu nanti. Data adalah emas baru, bukan lagi minyak.

Sticker RFID sepatutnya diberikan secara percuma, ini sebabnya...

Company akan jadi sebuah bank secara tidak langsung. Sebab itulah Ant Financial masuk sebagai subject-matter expert. Alibaba dan Wechat ni 2 gergasi eWallet di China. Transaksi pun bertrillion dollar.

Tapi melampaulah jika sticker pun nak dibuat untung atas pengguna sampai berpuluh kali ganda kos modal, itu bukan mentaliti dunia teknologi sekarang.

Itu betul² mentaliti monopoli yang terbiasa diamalkan berkurun² di Malaysia. Mentaliti jenis bisnes nak kaya cepat.

Hairan kenapa MyCC tak masuk menyiasat monopoli sebegini.

BACA JUGA : Ada lagi yang lebih buruk selepas Omicron, dunia perlu bersedia
Pengunjung Batu Caves berpakat tolong wanita melayu lahirkan bayi dalam kereta
Gara-gara masalah internet, budak terkejut pesanan makanannya dihantar 42 ‘foodrider’