Stereng bas rosak, bas bawa 30 murid kemalangan di Gua Musang

Oleh MHDAILY

Stereng bas rosak, bas bawa 30 murid kemalangan di Gua Musang. Sepuluh guru dan 30 murid Sekolah Islam Integrasi Ikhwan Gong Kulim Pasir Puteh berdepan detik cemas, apabila bas dinaiki mereka terbabas ke dalam semak ladang sawit di KM 44 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian yang berlaku 6.15 pagi itu, menyebabkan kesemua pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun mengalami cedera ringan.

“Bas tersebut dalam perjalanan pulang dari Zoo Negara menuju Pasir Puteh.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila stereng bas berkenaan tidak berfungsi, menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan itu seterusnya terbabas ke dalam semak ladang sawit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata kesemua mangsa telah dibawa ke Klinik Chiku 3 untuk menerima rawatan awal.

Stereng bas rosak, bas bawa 30 murid kemalangan di Gua Musang

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959, kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.

BACA:

“Suami sempat Whatsapp jaga anak-anak sebelum jatuh sungai”

Ikan bersisik di Sungai Langat jadi buruan kaki pancing

Saman fitnah: Mahkamah arah Sultanah Terengganu bayar Clare RM80,000