SPRM serah kertas siasatan kes Prasarana ke Pejabat Peguam Negara

Oleh MHDAILY

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes salah guna kuasa dalam Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) kepada Pejabat Peguam Negara dua minggu lalu.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya sedang menunggu keputusan Pejabat Peguam Negara sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Kes itu telah selesai melibatkan seorang tertentu dan telah kemuka kepada Pejabat AG (Peguam Negara).

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Saya hanya menunggu keputusan dari Pejabat Peguam Negara kiranya ada pihak yang boleh dituduh atau tidak selepas ini,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki (empat kanan) diiringi Ketua Pengarah JKNN, Mesran Mohd Yusop (tiga kiri) bergambar bersama rakan strategik pada Sidang Media Program Kerjasama Strategik JKKN dan SPRM di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 04 MEI 2021.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Kerjasama Strategik Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN) & SPRM di Auditorium JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini siasatan di Prasarana selepas agensi tersebut hadir mengambil maklumat di ibu pejabat syarikat tersebut pada awal tahun ini.

Azam menambah, kes di Prasarana itu melibatkan salah guna kuasa mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Seksyen tersebut berkaitan salah guna kuasa memberikan kontrak kepada ahli keluarga.

“Kes ini bukan daripada laporan media tetapi laporan dari orang orang ramai. Saksi telah dipanggil untuk kita kumpul keterangan

“Kertas keterangan siap dua minggu lepas,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan SPRM menyerbu ibu pejabat Prasarana bagi menyiasat dakwaan berhubung salah guna kuasa dalam syarikat tersebut.

Portal itu melaporkan individu terbabit menggunakan kuasanya untuk mengubah beberapa perkara dalam syarikat itu yang menimbulkan persoalan mengenai kepimpinan dan hala tuju syarikat berkenaan.

Berita Penuh :https://malaysiagazette.com/2021/05/04/kes-prasarana-kertas-siasatan-diserah-ke-pejabat-peguam-negara-sprm/