Speaker dakwa salah kira undian usul SOSMA semalam, ini jumlah yang betul

Speaker

Speaker dakwa salah kira undian usul SOSMA semalam, ini jumlah yang betul.Parlimen petang ini membuat pembetulan keputusan undi belah bahagi usul Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkaitan usul untuk melanjutkan tempoh kuatkuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, hasil semakan terakhir keputusan itu semalam, pihaknya bersetuju untuk menetapkan undi bersetuju 85, bukan 84 yang diumumkan petang semalam.

Sebelum itu media melaporkan Kerajaan gagal lepasi undi di Parlimen, tewas 2 undi.Usul bagi melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) gagal mendapat sokongan mencukupi Dewan Rakyat petang ini.

Speaker dakwa salah kira undian usul SOSMA semalam, ini jumlah yang betul

Hanya 84 ahli parlimen bersetuju berbanding 86 yang tidak bersetuju dalam proses undi belah bahagi tersebut. Seramai 50 orang lagi ahli parlimen tidak hadir.

Ini bermakna, subseksyen berkenaan – yang membenarkan seseorang suspek ditahan sehingga 28 hari tanpa perlu dihadapkan di hadapan majistret – tidak akan lagi berkuat kuasa selepas ia luput pada 31 Julai 2022

Terdahulu, usul itu dikemukakan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, sebelum dibahaskan oleh 19 orang ahli parlimen.

TONTON :
.

BACA:

Kak KM jawab kecaman bagi anak perempuan merokok, terkejut dengar jawapan..

Paling rare setakat ni, hadiahkan kambing di majlis kahwin kawan

KWSP umum permohonan pengeluaran RM10K hanya melalui portal khas ini

CATEGORIES