SOP mengelirukan : Pelanggan batal tempahan, penternak lembu kerugian

Oleh MHDAILY

SOP mengelirukan : Pelanggan batal tempahan, penternak lembu kerugian.Prosedur operasi standard (SOP) ibadat korban di Kelantan dikatakan mengelirukan pelbagai pihak, dengan rata-rata penternak berdepan kerugian selepas terdapat pelanggan membatalkan tempahan lembu pada saat-saat akhir.

Antara yang mendakwa menjadi mangsa, Mohd. Razali Jusoh, 58, penternak dari Kampung Bechah Keranji, Peringat, di sini yang mengalami kerugian sehingga RM4,500 kerana seekor daripada tiga lembu miliknya tidak jadi dijual.

Meluahkan rasa terkilan kepada Utusan Malaysia, Mohd. Razali, 58, berkata, ketika Hari Raya Aidiladha semakin dekat

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

SOP terkini berkaitan ibadat korban belum diumumkan sedangkan ketiga-tiga lembu sudah ada pembeli.

SOP

“Dua minggu lalu, barulah SOP keluar mengatakan korban hanya boleh dilakukan di rumah sembelihan veterinar atau di masjid bandar, jajahan dan mukim manakala korban persendirian bersama keluarga tidak dibenarkan.

“Jadi salah seorang pelanggan tolak semula lembu kepada saya dengan alasan tidak dapat teruskan rancangan buat korban secara persendirian. Walaupun kecewa, saya terpaksa terima balik lembu tersebut,” katanya semalam.

Bercerita lanjut, Mohd. Razali memberitahu, pelanggan terbabit menghubunginya sekali lagi kerana mahu membeli semula lembu selepas mendapat khabar kerajaan sudah membenarkan korban dilakukan secara persendirian di rumah.

“Saya rasa dia dengar berita palsu atau keliru dengan SOP sebenar dan enggan jual lembu saya kepadanya. Saya mohon kerajaan tetapkan SOP yang betul-betul dan tolong uar-uarkan secara meluas kepada rakyat supaya kami tidak keliru,” katanya

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/2021/07/penternak-rugi-sop-mengelirukan/

Jika Terlepas: Sempena Hari Raya Korban, netizen minta Azmin berkorban letak jawatan