Solat jemaah tanpa kebenaran, 12 lelaki dikompaun

Oleh MHDAILY

Seramai 12 lelaki termasuk seorang warga asing dikenakan kompaun kerana berkumpul dan menunaikan solat berjemaah tanpa kebenaran dalam ruang sebuah premis di Nilai di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, tindakan diambil selepas serbuan dilakukan sepasukan anggota polis bersama penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di premis berkenaan kira-kira jam 1.30 petang.

Beliau berkata, kesemua mereka dikompaun kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baca Artikel Penuh