Skandal tanah LGM : Presiden SEDAR buat laporan Polis, aduan rasmi kepada PAC

Skandal tanah LGM : Presiden SEDAR buat laporan Polis, aduan rasmi kepada PAC

SedarMalaysia membuat satu laporan polis berhubung isu ketirisan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Dalam satu kenyataan, NGO itu berkata tindakan itu diambil demi melindungi kepentingan awam yang membabitkan dana awam berbilion ringgit.

“Satu laporan polis berkenaan isu LGM ini telah dibuat oleh presiden kami, Nazrin Norani di Balai Polis Wangsa Maju sebentar tadi,” katanya.

Pada 27 Mei lalu, NGO itu mendedahkan beberapa surat rasmi bertarikh 18 Disember, 6 Januari dan 11 Mac yang didakwa berkaitan tanah milik LGM dan penglibatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali dalam isu tanah itu.

Khairuddin dikatakan meluluskan pajakan tanah di Lot 20013 Jalan Ampang kepada Al-Noor Foundation pada harga 70 sen sekaki persegi berbanding harga pasaran RM2.50 sekaki untuk tempoh 15+10 tahun, dengan kenaikan kadar pajakan 10% setiap lima tahun.

Dakwaan kedua membabitkan Lot 20012 di Jalan Ampang seluas 8.89 ekar yang dicadang dijual kepada Eurowhite Sdn Bhd pada harga RM1,032.92 sekaki, sedangkan harga pasaran sekitar RM1,400 sekaki.

Dalam pada itu, SedarMalaysia juga telah menghantar aduan rasmi kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk perhatian Wong Kah Woh beserta dengan dokumen yang dimiliki.

“Kami lampirkan aduan rasmi kami kepada PAC beserta dengan kenyataan media ini.

“Kami faham PAC tidak dapat membuat apa-apa buat masa ini kerana Parlimen tidak bersidang. Namun kami berharap sejurus sahaja Parlimen akhirnya dibenarkan bersidang oleh #KerajaanGagal ini PAC akan berani membuat siasatan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/08/isu-lgm-sedarmalaysia-buat-laporan-polis-aduan-rasmi-pada-pac/