Skandal tanah : Lembaga Getah Malaysia tampil buat penjelasan

Oleh MHDAILY

Lembaga Getah Malaysia (LGM) menafikan dakwaan “skandal tanah” membabitkan agensi itu, selain menegaskan tiada sebarang perjanjian pajakan atau transaksi jual beli tanah termeterai dengan mana-mana pihak sehingga kini.

Bagaimanapun agensi itu mengesahkan menerima permohonan daripada beberapa syarikat untuk membeli Lot 20012 dan Lot 20013 miliknya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, namun belum diputuskan oleh lembaga pengarah LGM.

“Semua penjualan atau pajakan tanah milik LGM perlu mendapat perakuan lembaga terlebih dahulu sebelum dimajukan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali untuk diluluskan.

Baca Artikel Penuh