“Siti Sarah dah tiada, insyaAllah ada Siti Nordiana” – Shuib

“Siti Sarah dah tiada, insyaAllah ada Siti Nordiana” – Shuib. Peminat tersenyum tengok Shuib dan Nana bersama, “doakan..”Meninjau akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan video yang memaparkan nyanyian Shuib bersama penyanyi wanita bersuara lunak, Siti Nordiana.

Mereka membawakan lagu dendangan asal Broery Marantika dan Dewi Yull berjudul Jangan Ada Dust4 Di Antara Kita.

Mendengar suara Shuib, ramai yang tahu Shuib sememangnya seorang yang berbakat dan memiliki suara yang merdu.

Sebelum ini juga, Shuib ada keluar dengan lagu single duet bersama arw4h Siti Sarah Raissuddin.

Malah Siti Nordiana sendiri memuji suara Shuib dan tidak menyangka Shuib mampu menyanyi sebaik ini. Mendengar paduan suara Shuib dan Siti Nordiana, ramai peminat yang mengatakan mereka pasangan duet yang bagus walaupun baru pertama kali digandingkan.

"Siti Sarah dah tiada, insyaAllah ada Siti Nordiana" - Shuib

Baca Artikel Penuh