“Siti Nurhaliza pun kalah!” Gelagat lelaki ini jadi akak Tom Yam buat netizen ketawa

“Siti Nurhaliza pun kalah!” Gelagat lelaki ini jadi akak Tom Yam buat netizen ketawa.Kedai tom yam yang selalunya beroperasi sampai lewat malam ini bukan setakat boleh jadi port melepak dengan kawan-kawan, tapi ada juga yang tengok perlawanan bola sepak di sini. Iyalah, sekali-sekala tengok bola di luar rumah best juga.

Buat peminat kedai tom yam, anda pasti perasan satu karakter tertentu ini yang akan sentiasa ada di situ iaitu Akak Tom Yam. Akak Tom Yam ini pula selalunya terkenal dengan penampilan kemeja-T lengan pendek beserta tudung.

Boleh dikatakan kebanyakan Akak Tom Yam ini semuanya kelihatan serupa tidak kira di mana-mana sahaja kedai tom yam!

Terbaru, satu perkongsian video daripada seorang lelaki menunjukkan jenis-jenis Akak Tom Yam telah menarik perhatian orang ramai

"Siti Nurhaliza pun kalah!" Gelagat lelaki ini jadi akak Tom Yam buat netizen ketawa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Nurshafiq Naser yang juga merupakan seorang influencer di laman Instagram serta aplikasi TikTok telah memuat naik video tersebut yang kemudiannya dikongsikan semula menerusi Instagram Meletop.

Ternyata rakaman video menunjukkan pelbagai sikap pelayan restoran itu ketika mencatat pesanan makanan membuatkan ramai di antara kita yang boleh relate dengan situasi-situasi yang dipaparkan.

Hasil tinjauan di ruangan komen menunjukkan rata-rata warganet suka melihat gelagat Nursyafiq Naser sehingga perkongsian semula di Instagram berkenaan itu juga telah meraih ribuan tontonan.

BACA LAgi:

 Hanya sebab asal Kelantan, lamaran lelaki ini ditolak keluarga selepas bercinta 6 tahun

Dividen KWSP cecah 6%, dah wajar untuk kerajaan benar keluar RM10K

Dakwaan anak disuntik ‘angin’, Khairy akhirnya bersuara

CATEGORIES