Siti Bainun nekad saman kerajaan pula, gesa Rumah Bonda dibuka semula

Siti Bainun nekad saman kerajaan pula, gesa Rumah Bonda dibuka semula. Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali memfailkan saman terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memohon agar rumah perlindungannya yang terletak di Setapak dibuka semula.

Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur melalui Siti Bainun selaku plaintif memfailkan saman pemula itu di Mahkamah Majistret di sini melalui firma guaman, Tetuan Asiah Abd. Jalil Chambers pada 7 Jun lalu. Sesalinan dokumen terbabit diperolehi media hari ini.

Plaintif menamakan Pengarah JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) sebagai defendan tunggal. Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 22 Jun ini.

Baca Artikel Penuh