Sistem Maybank tergendala buatkan orang mula berang

Sistem Maybank tergendala buatkan orang mula berang

Sistem Maybank tergendala buatkan orang mula berang. Orang ramai merungut selepas semua perkhidmatan perbankan Maybank seperti perkhidmatan web dan perbankan mudah alih tergendala berikutan mengalami gangguan transaksi sejak pagi tadi.

Seorang pengguna yang menggunakan nama @mohdfarizwan3 berkata, dia tidak dapat menggunakan sistem perbankan Maybank terutamanya untuk melakukan transaksi kepada pihak ketiga.

“Maybank tolong lah jangan buat gangguan, hari gaji banyak komitmen yang nak kena bayar, kalau sudah begini masalahnya, macam mana kami nak bayar hutang-hutang semua ini,” ciapnya di laman twitter rasmi bank itu hari ini.

Dalam hantaran itu, pihak Maybank memaklumkan, sistem perbankannya sedang mengalami sedikit gangguan di laman web Maybank2u.

Sistem Maybank tergendala buatkan orang mula berang

“Sebagai alternatif, anda boleh melakukan transaksi perbankan anda pada aplikasi MAE dan aplikasi M2U MY.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara itu secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda,” jelasnya.

Bagaimanapun, pengguna menggunakan nama @Ameera_Wong berkata: “Saya cuba melakukan transaksi pemindahan wang melalui aplikasi MAE, namun gagal”.

“Ayuh Maybank, anda patutnya menjadi antara yang terbaik di Malaysia. Tolong jangan jadi macam CIMB,” jelas @akmalhayazy.

BACA JUGA : Iqram buka cerita ‘sebilik’ dengan Shah Iskandar?, “Perasan bagus, mulut celupar”
Pfizer dalam proses ujian klinikal vaksin Omicron
Jurulatih Jerman kantoi menipu sijil vaksinasi Covid-19

CATEGORIES