Sisa radioaktif Lynas nak simpan dimana?

Sisa radioaktif Lynas nak simpan dimana?.Kemudahan tapak pelupusan kekal (PDF) untuk sisa radioaktif Lynas tidak boleh dibina di Gebeng, Kuantan, kerana berisiko berlakunya pencemaran air bawah tanah, kata Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Bercakap kepada Malaysiakini, Fauziah mendakwa permukaan air bawah tanah di tapak baru yang dicadangkan itu dekat dengan permukaan dan sebarang kebocoran akan mencemarkan air bawah tanah dan secara tidak langsung mempengaruhi persekitaran dan rantaian makanan.

Fuziah menjelaskan bahan radioaktif Thorium – salah satu radionuklida dalam sisa penulenan air larut lesap (WLP) – mempunyai jangka hayat yang sangat lama sekitar 14 bilion tahun dan juga agen penyebab kanser.

Oleh itu, Fauziah menyarankan agar tempat pembuangan tetap sisa Lynas itu tidak dibina berdekatan dengan sistem air.

“Ini kerana air dapat membawa radionuklida, dan akan masuk ke alam sekitar.

 Lynas

“Sebagai contoh, ia akan memasuki air bawah tanah dan menyerap ke dalam tanaman, dan kemudian haiwan memakan tanaman itu dan ia benar-benar dapat masuk ke rantaian makanan kita.

“Sangat penting untuk mengalihkannya dari sumber air. Itu juga salah satu sebab mengapa rancangan Bukit Ketam ditolak kerana tapak yang dicadangkan juga merupakan kawasan tadahan air,” katanya.

Fuziah berkata demikian sebagai bantahan terhadap cadangan baru Lynas untuk membina tapak simpanan tetap sisa WLP yang beradioaktif di Kawasan Perindustrian Gebeng.

Fuziah mendakwa pencemaran air bawah tanah telah direkodkan di Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh jawatankuasa semakan eksekutif Lynas pada tahun 2018.

Pencemaran air bawah tanah ditunjukkan oleh data dari stesen pemantauan air bawah tanah Lynas.

“Kami tidak mahu menanggung risiko seperti ini. Kita tidak boleh menyelamatkan Lynas dan mengorbankan rakyat,” katanya, sambil menambah sebarang kebocoran sisa radioaktif akan membawa kesan serius.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga dibayar oleh pembayar cukai. Oleh itu, JAS mesti melakukan kerja mereka dengan penuh perhatian, fikirkan rakyat, fikirkan orang ramai dan generasi masa depan kita,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Lynas Rare Earths Ltd Australia mengesahkan kepada Reuters bahawa pihaknya elah mengenal pasti tapak berpotensi kedua di Malaysia untuk membina PDF.

Kata syarikat lombong itu, lokasi alternatif telah dikenal pasti “di tengah-tengah kelewatan yang berterusan untuk membersihkan tapak pembuangan sebelum ini yang telah dikenal pasti oleh kerajaan negeri Pahang”.

Namun, syarikat itu tidak menyebutkan lokasi tepat mengenai tapak pembuangan alternatifnya itu.

Lynas Malaysia tidak menjawab pertanyaan Malaysiakini semasa penulisan laporan ini semalam.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/584859

jika Terlepas:Panas !!! Dr Dzulkefly senarai kegagalan kerajaan PN tangani Covid-19

Artikel ini disiarkan pada 28/07/2021

COMMENTS

Wordpress (0)