Singapura mula benarkan hubungan seks sejenis

Oleh MHDAILY

Singapura mula benarkan hubungan seks sejenis. Singapura akan memansuhkan undang-undang yang melarang hubungan seks sejenis, sekali gus mengiktiraf kedudukan golongan homoseksual di negara itu.

Keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, pada Ahad.

Singapura terkenal dengan nilai konservatif, tetapi semakin ramai penduduknya menggesa agar Akta 377A yang wujud sejak era kolonial itu dimansuhkan.

Singapura merupakan negara terbaharu di Asia yang mengiktiraf hak homoseksual, selepas India, Taiwan dan Thailand.

Pendirian kerajaan sebelum ini adalah untuk mengekalkan akta berkenaan tetapi juga berjanji untuk tidak menguatkuasakan undang-undang, sebagai cara untuk menenangkan kedua-dua pihak.

Singapura mula benarkan hubungan seks sejenis

“Saya percaya ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan, dan sesuatu yang kebanyakan rakyat Singapura akan terima,” kata Hsien Loong.

Beliau berkata, “golongan homoseksual kini lebih diterima” dan menghapuskan Akta 377A akan membawa undang-undang negara itu selaras dengan norma sosial semasa.
Beliau juga berharap ia membawa sedikit kelegaan kepada golongan itu di Singapura.

Tetapi beliau juga berkata kerajaan akan memastikan perlindungan undang-undang yang lebih baik untuk perkahwinan sebagai satu konsep amalan untuk lelaki dan wanita.
Ini akan menyukarkan perkahwinan sesama jenis untuk disahkan.

Beliau berkata Singapura kekal sebagai sebuah masyarakat tradisional, dengan ramai yang berminat untuk mengekalkan norma keluarga dan sosial.

BACA:

Putus dengan Amelia, Aedy Ashraf bersama Daiyan Trisha pula?

Waspada pengguna iPhone, Apple keluar amaran berisiko digodam