Singapura arah telur dari sebuah ladang Malaysia ditarik balik dari pasaran

Singapura arah telur dari sebuah ladang Malaysia ditarik balik dari pasaran

Singapura menarik balik telur yang diimport dari sebuah lagi ladang dari Malaysia setelah mengesan kehadiran bakteria salmonella enteritidis (SE).

Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam hantaran di Facebook yang dikemas kini memaklumkan telur yang terbabit mempunyai cetakan kod “CEM014”.

SFA berkata, pihaknya mengarahkan empat pengimport untuk menarik kembali produk tersebut sebagai langkah berjaga-jaga, memandangkan bakteria SE boleh menyebabkan penyakit bawaan jika telur berkenaan dimakan mentah atau tidak dimasak dengan betul.

Pengimport terlibat adalah An Hong Egg Supplies, Chuan Huat Poultry Farm Pte Ltd, Dasoon Pte Ltd, FE Supply Pte Ltd.

“Penarikan balik (telur) itu sedang dilaksanakan,” katanya.

Bagaimanapun, agensi itu memaklumkan bahawa tidak semua telur import terlibat dengan penarikan balik itu kerana hanya telur yang mempunyai cetakan kod ladang “CEM014” yang terjejas.

SFA memaklumkan bakteria tersebut dikesan pada telur yang diimport dari Linggi Agriculture Sdn Bhd.

Ladang berkenaan digantung sementara dan SFA berkata, pihaknya akan menarik balik arahan penggantungan itu apabila ladang berkenaan memastikan isu pencemaran bakteria SE tidak berlaku lagi.

Minggu lepas (13 Mac), Singapura mengarahkan empat pengimport menarik balik telur dari pasaran yang dihasilkan Lay Hong Bhd Layer Farm Jeram, di Malaysia.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/20/singapura-arah-tarik-balik-telur-dari-sebuah-lagi-ladang-malaysia/