Sijil khas kepada golongan yang tidak divaksin, ini penjelasan menteri

Oleh MHDAILY

Sijil khas kepada golongan yang tidak divaksin, ini penjelasan menteri.Kementerian Kesihatan (KKM) kemungkinan akan mengeluarkan perintah atau cadangan bagi menguruskan pandemik COVID-19 tanpa vaksinasi, sekiranya terdapat individu yang masih enggan divaksinasi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat ini dianggarkan sebanyak 5.7 peratus penduduk dewasa yang masih belum mendaftar untuk menerima vaksin.

Daripada peratusan tersebut, jelas beliau, antara faktor yang dikenalpasti termasuk komorbiditi dan dalam kalangan anti-vaksin.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

“Pada mereka ini kita masih ada program advokasi supaya mereka terus mendaftar dalam MySejahtera supaya kita boleh memvaksin mereka.

Sijil

“Sekiranya mereka enggan atau tidak mahu divaksin, berkmakna nanti satu ketika KKM akan mengeluarkan perintah ataupun cadangan, bagaimana kita boleh terus menguruskan pandemik tanpa vaksinasi,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Adham berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Pas-Tumpat) yang meminta penjelasan kementerian berhubung sijil khas bagi segelintir individu yang tidak boleh menerima vaksin.

Sebelum ini, bekas Menteri Mosti, Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan akan mempertimbangkan sijil pengecualian kepada mana-mana individu yang tidak boleh menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi menggantikan pasport vaksin.

Katanya, individu berkenaan termasuk mereka yang berdepan alahan atau kurang daya tahan jangkitan

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkm-mungkin-keluarkan-perintah-urus-pandemik-tanpa-vaksinasi-adham-baba-322670

BACA: Lokman Adam kembali ke pangkuan Umno