Sifu pemasaran terkenal kena kecam lepas dakwa jualan getah sekerap boleh naik jika teknik betul

Sifu pemasaran terkenal kena kecam lepas dakwa jualan getah sekerap boleh naik jika teknik betul

Sifu pemasaran terkenal kena kecam lepas dakwa jualan getah sekerap boleh naik jika teknik betul. Kecoh pada bulan lalu apabila terdapat seorang sifu pemasaran yang ‘koyak’ apabila disoal mengenai kejayaan bisnes terdahulu. Isu menjadi lebih hangat apabila terdapat seorang wanita yang mendedahkan telah menjadi mangsa claim seorang sifu pada sebuah seminar yang dijemput.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian di media sosial apabila terdapat seorang penoreh yang bertanyakan pada ruang komen seorang sifu pemasaran di Facebook yang sudah menerima lambang verified mengenai cara-cara menaikkan penjualan hasil getah sekerap.

Soalan yang diajukan telah meraih perhatian netizen apabila sifu pemasaran ini memaklumkan penjualan getah sekerap penoreh ini mampu ditingkatkan jika menggunakan teknik pemasaran yang betul dalam menarik lebih ramai pelanggan.

Respon daripada sifu pemasaran ini sekaligus telah menimbulkan persoalan di kalangan netizen mengenai teknik marketing bagi menjual getah sekerap.

Terdapat netizen yang berpendapat penjualan getah sekerap tidak memerlukan teknik pemasaran sebaliknya sekadar dijual pada tempat yang betul. Tidak kurang yang terhibur serta memerli respon sifu pemasaran ini.

Sifu pemasaran terkenal kena kecam lepas dakwa jualan getah sekerap boleh naik jika teknik betul

Setakat artikel ditulis, didapati komen yang tular ini sudah tidak lagi dapat dilihat pada facebook sifu pemasaran tersebut.

BACA:

Bekas CEO dedah cara kerajaan PH selamatkan Tabung Haji

Faizal AF4 kini jual penapis air tepi jalan

Leka buat ‘content’ tiktok, lelaki kena rempuh dengan train

CATEGORIES