Sidang parlimen panas !!! Ahli parlimen bidas sikap Speaker

Ahli parlimen bidas sikap Speaker. Hari pertama mesyuarat khas Dewan Rakyat kecoh apabila Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) menyoal Speaker Azhar Azizan Harun adakah beliau dikawal kerajaan, kerana tidak membawa proklamasi darurat dan ordinan berkaitan ke Dewan sebelum ini.

Ramkarpal berkata Azhar tentu faham betapa pentingnya proklamasi darurat dan ordinan berkaitan dibawa ke Dewan Rakyat, selaras Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata Azhar tentu faham peraturan Dewan Rakyat tidak boleh mengatasi Perlembagaan.

“Tuan Speaker telahpun tidak membawa ordinan dan proklamasi tersebut ke Dewan ini. Kenapa? Adakah anda dikawal kerajaan?” katanya kepada Azhar, bertentang mata.

Pertanyaan itu disambut seruan “tarik balik” daripada blok pemerintah, dan tepukan meja.

Azhar tidak mencelah Ramkarpal.

“Saya nak tahu, Tuan Speaker, kenapa proklamasi darurat dan ordinan di bawahnya tidak dibawa ke Dewan…adakah Tuan menerima arahan daripada kerajaan untuk tidak membawa perkara-perkara tersebut ke Dewan?

Ramkarpal menyeru Azhar letak jawatan jika itu agenda beliau.

“Atau kami akan kemuka usul barangkali untuk meminta Tuan Speaker melepaskan jawatan,” tambahnya, lalu menamatkan gilirannya.

Azhar meneruskan perbahasan dengan memberi laluan kepada Dr Mahathir Mohamad (Pejuang-Langkawi).

Benarkan undian di Dewan Rakyat

Sementara itu, Gobind Singh (PH-Puchong) menarik perhatian Azhar kepada aturan urusan mesyuarat khas lima hari ini, menonjolkan bahawa tidak ada sebarang undian yang akan diambil.

“Kenapa kita ada satu aturan urusan mesyuarat sebegitu? Walhal kita semua tahu bahawa kita ada masalah cukup besar di luar sana,” katanya.

Gobind berkata soal berkaitan sama ada kerajaan berjaya mengendali atau mengatasi masalah Covid-19 perlu diputuskan melalui undi di Dewan Rakyat.

Beliau berkata angka-angka kes-kes berkaitan Covid-19 yang tinggi “jelas menunjukkan kerajaan telahpun gagal”.

“Kalau tidak ada peluang untuk undi, Tuan Speaker, bagaimana kita boleh buat keputusan berkaitan dengan perkara itu?” soalnya.

Gobind berkata peraturan mesyuarat memberikan kuasa kepada Speaker untuk membolehkan Dewan Rakyat membuat undian bagi memutuskan sesuatu.

“Tadi Tuan Speaker ada menyatakan Tuan Speaker memberikan ruang untuk soalan ditanya dan hujahan dibuat, tetapi Tuan Speaker kenapa berhenti di situ?” soalnya.

“Kalau benar kerajaan ini telah pun gagal, saya rasa masa sudah sampai untuk Perdana Menteri meletak jawatan. Untuk perkara itu, kita perlukan forum untuk buat undi.”

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/26/adakah-kamu-dikawal-kerajaan-ramkarpal-soal-azhar/

jika Terlepas:Masih duduk blok kerajaan, kuat sungguh Umno berdrama

COMMENTS

Wordpress (0)