Siapa sangka cipta nama di pentas antarabangsa dalam pertandingan susun cawan

Oleh SURIANI HAMDAN

Siapa sangka Malaysia kini berjaya mencipta nama di pentas antarabangsa apabila muncul sebagai pemenang

Dalam pertandingan susun cawan, menewaskan Korea Selatan.

Kemenangan ini diumumkan melalui laman Instagram Sport Stacking yang berkongsi kejayaan Malaysia

Dalam Kejohanan Sport Stacking Terbuka Asia 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan Sport Stacking Dunia (WSSA) baru-baru ini.

Menurut maklumat yang dikongsi, Malaysia menjadi tuan rumah kepada lebih 487 peserta dari 11 negara.

Siapa sangka cipta nama di pentas antarabangsa dalam pertandingan susun cawan

Dalam kejohanan itu, pasukan Malaysia turut mencatatkan sejarah dengan mencapai masa terpantas dunia iaitu 28 saat.

Di ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang terkejut mengetahui adanya pertandingan seperti ini di negara in

i. Mereka juga berasa bangga dengan prestasi luar biasa pasukan Malaysia dalam pertandingan susun cawan ini.

“Saya seorang sahaja ke yang baru tahu ada pertandingan susun cawan?”

tulis salah seorang pengguna Instagram, disusuli dengan komen-komen lain yang turut terkejut dengan pertandingan tersebut.

BACA: Samsuri lepas jawatan Bendahari PN isyarat Pas bakal tinggalkan PN, sertai perpaduan