Nama Kering mungkin tidak sepopular Gucci, Balenciaga, atau Bottega Veneta, tetapi di sebalik jenama fesyen mewah ini
Terdapat satu “tangan ghaib” yang memainkan peranan besar dalam memajukan kreativiti, jualan, dan pembangunan fesyen yang mampan.
Pada tahun 2020, Kering mencatatkan keuntungan sebanyak €1.3 bilion, di mana 84% daripadanya diperoleh melalui
syarikat-syarikat fesyen terkenal seperti Yves Saint Laurent, Alexander McQueen, dan banyak lagi.
Kering menumpukan perhatian kepada menaikkan jenama-jenama yang berasaskan kulit, fesyen, dan perhiasan.
Jadi, jika anda melihat Gucci atau Bottega Veneta, mereka sebenarnya berada di bawah kumpulan yang sama.
Siapa pemilik Kering?
Kering diasaskan oleh François Pinault, seorang bilionaire dari Perancis. Namun sejak tahun 2003, syarikat ini diterajui oleh anak lelakinya, François Henri. Jangan terkejut, kerana François Henri merupakan suami kepada aktres Latin terkenal, Salma Hayek. Beliau dikenali kerana kemampuannya dalam menguruskan syarikat ini dan berjaya membeli pelbagai jenama besar, seterusnya memperluaskan jaringan jualan dan menghasilkan koleksi fesyen yang lebih mampan dan mesra alam.
Kering mula membeli saham syarikat fesyen pada awal tahun 1990-an. Pada 1991, PPR (nama asal Kering) memiliki 42% saham Gucci dan 100% saham Yves Saint Laurent.
Bagi mereka yang menonton filem House of Gucci, pasti faham betapa pentingnya peranan pembelian saham dalam dunia fesyen.
Kering juga memiliki jenama aksesori mewahnya sendiri, Kering Eyewear, yang memfokuskan kepada kaca mata mewah.
Bukan sekadar biasa, kerjasama mereka dengan Richemont pada 2017 menghasilkan koleksi kaca mata untuk jenama-jenama terkenal seperti Cartier, Alaïa, dan Montblanc.
BACA: Tular video kanak-kanak ambil tugas bapa azankan adik baru lahir bikin netizen tersentuh