Siapa ‘lembu’ yang dimaksudkan Tajuddin dalam MT Umno?

Oleh MHDAILY

Siapa ‘lembu’ yang dimaksudkan Tajuddin dalam MT Umno. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang dipecat daripada jawatan Pengarah Pilihan Raya UMNO oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat andaian hanya ‘lembu’ yang tidak boleh menerima perbezaan pendapat.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu membuat andaian demikian sekiranya perbezaan pendapat ketika mesyuarat MT malam Khamis minggu lalu menjadi punca beliau dipecat dan digantikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hassan.

Sebelum ini tular klip audio berdurasi 15 minit di mana beliau memberi pendapat pada mesyuarat MT itu dengan nada keras dan tegas menolak keputusan Zahid menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baca Artikel Penuh