Shuib belanja view rumah 3 tingkatnya dalam proses ubahsuai, terkejut tengok lantai

Shuib belanja view rumah 3 tingkatnya dalam proses ubahsuai terkejut tengok lantai

Shuib belanja view rumah 3 tingkatnya dalam proses ubahsuai, terkejut tengok lantai. Usahawan dan penyampai radio, Shuib berkongsi perkembangan mengenai proses pengubahsuaian kediamannya yang terletak di Puchong, Selangor.

Menerusi Instagram, Shuib memuat naik video sambil merakamkan bahagian lantai di ruang tamu rumahnya telah dipecahkan bagi menggantikan dengan lantai baharu.

Menurut bapa kepada empat cahaya mata itu, dia ingin menukar suasana rumah dengan menggunakan lantai jenis mozek bercorak pula selepas ini.

“Nak tengok rumah saya? Lantai hilang, memang suruh pecahkan.

“Nak gantikan lantai mozek yang ada corak marmar ke. Saya tengah cari yang lawa-lawa, yang sesuai dengan rumah saya.

Shuib belanja view rumah 3 tingkatnya dalam proses ubahsuai, terkejut tengok lantai

“Alang-alang dah pecah, nak cari yang berkualiti, cantik dan bersesuaian,” kata Shuib.

Penyampai radio Suria FM itu juga menjelaskan, dia mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi menaja untuk lantai baharu rumahnya itu.

“Kalau ada yang nak sponsor, lebih baik. Berani nak sponsor Shuib? Bukan lantai ruang tamu sahaja, bilik air pun termasuk,” selorohnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan pelbagai reaksi, termasuk ada yang memberikan pelbagai cadangan bagi melakukan dekorasi rumah tiga tingkat itu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

BACA:

Belum pun lancar lagi, TMJ jadi individu pertama cuba game FIFA 2023

Pasangan kekasih lari dalam keadaan bogel bila diserbu, “sempat rakam..”

Lelaki jalan kaki sejauh 1,350km balik kampung selepas dibuang kerja

CATEGORIES