Shila Amzah sedia terima lelaki lain dalam hidup

Shila Amzah sedia terima lelaki lain dalam hidup. Keruntuhan rumah tangga tidak sesekali membuatkan penyanyi yang menempa nama di negara Tembok Besar China, Shila Amzah, 32, serik untuk kembali mencari calon suami.

Meskipun hatinya pernah patah seribu disebabkan mahligai dibina atas dasar cinta berkecai di pertengahan jalan, namun, penyanyi lagu Tiada Dirimu itu enggan menghukum diri dan terus merintih, sekali gus menolak kebahagiaan yang hadir di depan mata.

“Saya tak pernah serik untuk kembali bercinta dan mendirikan rumah tangga. Malah, pintu hati ini juga terbuka menerima kehadiran orang baharu.

“Untuk apa saya terus merintih atas kegagalan rumah tangga? Saya masih muda dan berhak mengecapi kebahagiaan yang belum pernah dirasakan sebelum ini.

“Lagipun, saya tak boleh pukul rata dengan menyatakan semua lelaki sama. Perempuan juga tidak semuanya sempurna.

Shila Amzah sedia terima lelaki lain dalam hidup

Baca Artikel Penuh