Shahrol Shiro kini Ahli Majlis Kluang, janji selesai isu gajah liar

Shahrol Shiro kini Ahli Majlis Kluang, janji selesai isu gajah liar. Bekas pelawak kumpulan Shiro, Shahrol Azizie Azmi yang dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kluang (MPK) berjanji akan menggalas tanggungjawab untuk memastikan kawasan dipertanggungjawabkan terhindar daripada sebarang masalah pentadbiran.

Shahrol, 38, berkata, tugas yang diamanahkan itu bukan mudah, namun berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Katanya, antara permasalahan utama yang menjadi perhatiannya adalah berkaitan gangguan gajah liar di sekitar Kluang, terutamanya melibatkan kawasan Taman Sri Impian.

Baca Artikel Penuh