Setelah ramai mengadu dikompaun, Menteri kata ikut sempadan daerah pentadbiran bukan sempadan daerah Polis

Menteri Kanan (Kluster Kerselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini memperjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung aduan orang ramai bahawa mereka disaman kerana pihak polis mengguna pakai sempadan daerah polis dan bukannya sempadan pentadbiran.

Katanya, dirinya sendiri telah memaklumkan kepada polis mengenai sempadan daerah yang digunakan.

“Untuk makluman, sempadan daerah yang digunakan adalah sempadan daerah pentadbiran dan bukan sempadan daerah polis.

“Bagi mereka yang telah dikompaun dalam kes-kes sebegini, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pejabat Kesihatan Daerah mengikut daerah kompaun yang dikeluarkan.

“Saya harap dengan penjelasan ini tiada lagi kekeliruan selepas ini,” katanya dalam taklimat hariannya, di Kuala Lumpur, hari ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook mendakwa anak perempuannya didenda kerana memandu dari Subang Jaya ke Shah Alam walaupun kedua-dua kawasan tersebut berada di bawah daerah Petaling.

Ismail Sabari menjelaskan jumlah kompaun RM1,000 yang dikenakan bagi kesalahan melanggar SOP bukannya tetap, tetapi agak fleksibel berdasarkan rayuan yang dibuat ke pejabat daerah kesihatan.

“Sekiranya pejabat daerah bersetuju dengan rayuan itu, mereka boleh mengurangkan jumlahnya menjadi RM50 atau RM100.

“Jumlah RM1,000 adalah nilai maksimum. Pesalah boleh membuat rayuan,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/564064

COMMENTS

Wordpress (0)