Setelah pintu kunci air dibuka barulah banjir di Sri Muda mula surut

Paras air di Seksyen 25, Taman Sri Muda, antara lokasi yang terjejas teruk akibat banjir semakin susut selepas pintu kunci air dibuka kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, beberapa unit pam air turut digunakan untuk mempercepatkan proses menyedut air ke sungai berhampiran.

“Saya juga menasihati orang ramai untuk mengutamakan keselamatan diri ketika banjir ini,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

 Setelah pintu kunci air dibuka barulah banjir di Sri Muda mula surut

Penduduk dinasihatkan untuk tidak memasuki kawasan perumahan termasuk menjalankan kerja-kerja pembersihan sehingga jawatankuasa bencana memberi kebenaran.

Tinjauan sejak pukul 6.30 pagi ini mendapati, orang ramai sudah boleh melalui kawasan itu dengan hanya menggunakan kenderaan ringan.

Namun demikian difahamkan, penduduk dinasihatkan untuk tidak memasuki kawasan perumahan itu termasuk menjalankan kerja-kerja pembersihan sehingga jawatankuasa bencana memberi kebenaran.

Ia adalah bagi memastikan keselamatan penduduk dijamin sepenuhnya dan mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Juga difahamkan, kebenaran itu akan dikeluarkan dalam tempoh dua atau tiga hari.

BACA JUGA : 6 bulan moratorium untuk mangsa banjir – Bank Rakyat
Temerloh, Bera, Maran dan Pekan diramal banjir lebih besar

Artikel ini disiarkan pada 23/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)