Setelah Khairy tunjuk MySejahtera, netizen pertikai tarikh dan no batch yang dipamer

Setelah Khairy tunjuk MySejahtera, netizen pertikai tarikh dan no batch yang dipamer, dos Vaksin Khairy Jamaluddin belum lengkap?

Amat mengejutkan bila tular di media sosial dakwaan bahawa dos vaksin Covid-19 Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) belum lengkap.

Edisi Siasat tidak pasti sama ada maklumat itu benar atau tidak.

Namun dari hujah dan bukti yang dikemukakan, kita tidak boleh menolak dakwaan itu begitu sahaja.

Dos Vaksin Khairy Jamaluddin Belum Lengkap?Hujah pertama seperti yang dimuatnaik oleh Yuseri Yusof dalam akaun Facebook beliau ialah bagaimana nombor batch pertama dan kedua vaksin KJ adalah sama?

Setelah Khairy tunjuk MySejahtera, netizen pertikai tarikh dan no batch yang dipamer

Dos Vaksin Khairy Jamaluddin Belum Lengkap?

Manakala hujah kedua pula, mengapa dalam MySejahtera KJ tidak ada tarikh pengambilan dos penggalak?

KJ ialah Menteri Kesihatan yang bertanggungjawab memastikan rakyat Malaysia telah menerima vaksin yang lengkap.

Setelah Khairy tunjuk MySejahtera, netizen pertikai tarikh dan no batch yang dipamer

Malah KJ juga bersikap tegas dan keras terhadap golongan anti vaksin dan kepada mereka yang tidak melengkapkan vaksin serta yang tidak mengambil dos penggalak.

Persoalannya sekarang:

Betulkah KJ sudah melengkapkan ketiga-tiga vaksin dan kalau sudah, kemukakan bukti yang kukuh.

Bukti MySejahtera yang KJ kemukakan jelas menimbulkan keraguan.

Kita juga mahu tahu, berapa ramai Menteri dan Timbalan Menteri yang sudah lengkap ketiga-tiga dos vaksin?

Apakah Perdana Menteri juga telah lengkap mengambil ketiga-tiga vaksin?

Sekiranya ada Menteri atau Timbalan Menteri atau Perdana Menteri sendiri belum lengkap mengambil ketiga-tiga dos vaksin, apakah mereka juga dikenakan sekatan seperti rakyat yang belum lengkap vaksin?

Bagaimana pula dengan Pengerusi MPN, Mahiaddin Md Yasin, apakah beliau juga sudah melengkapkan ketiga-tiga dos vaksin?

Kalau sudah, sila buktikan kepada rakyat!!!

KJ mesti jujur dalam menjawab segala persoalan dan jangan jadi seperti ayam yang kokok berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi!!!

Baca Juga : Tular ‘screenshot’ masih belum divaksin, ini jawapan KJ
Panas !!! Khairy dedah jemaah umrah ada yang tidak lengkap vaksin

CATEGORIES